MADAH CINTA ANTARA BLOG

madah cinta,madah madah cinta,koleksi madah cinta,puisi cinta,puisi terbaik,sajak dan puisi,cerpen terbaik.

2007/8/27

Tahun 2007 dan cukai GST 7%

Tags:
@ 04:13 PM (15 months, 2 days ago)
TAHUN 2007 DAN CUKAI GST 7%

Cukai naik lagi!
GST 7 %...!!!

Selepas mereka mencukai rakyat
Mereka naikkan gaji mereka - GAJI MENTERI2..!!

Rakyat susah kerana cukai
Sementara pihak pemerintah menteri2 senang-lenang bergaji besar!
Yang lebih menanggung beban cukai adalah rakyat!
Yang lebih menanggung beban tekanan hidup adalah rakyat!
Sementara pihak menteri2 hidup cukup mewah bergaji besar tersenyum lebar!

Aku heran!
Mengapa rakyat negeriku masih lagi bodoh!
Mwengapa rakyat negeriku masih lagi mahu mengundi pemerintah yang gila mencukai rakyat untuk kesenangan mereka!
Aku cukup heran!

Kita perlu sedar....
Rakyatlah yang berkuasa memilih dan mengundi....
Siapa yang layak untuk jadi pemerintah mereka!

2007/4/3

Cerpen terbaik - Aku dan tahun 2007

Tags:
@ 09:30 PM (19 months, 28 days ago)
CERPEN TERBAIK - AKU DAN TAHUN 2007

Apa yang telah berlaku?
Entah macammana, masa pun berlalu begitu pantas! 
Dan aku sering sahaja tercengang-cengang! 
Cuba sesekali memikirkan tentang apa yang telah berlaku selama ini didalam hidup ku!

Entah macammana...?
Aku masih juga bernafas lagi untuk meneruskan kehidupan ynag penuh dengan seribu teka-teki ini!

Apakah keputusan dan kesudahannya kehidupan ku ini nanti?
Kemanakah aku akan pergi...?
Atau barangkali.....aku tidak perlu memikirkan tentang ini semua!?
Atau biarkan sahaja masa yang menerangkan itu semua!
Atau....
Atau.......!
Atau...........!!!

2006/12/12

Tahun baru 2007 dan aku

Tags:
@ 08:54 AM (23 months, 20 days ago)
TAHUN BARU 2007 DAN AKU.

Aku pun jadi heran!
Entah macammana ia berlalu,  aku pun tidak tahu
Ia berlalu begitu pantas!

Itulah masa!
Berlalu begitu pantas tanpa belas kasihan.
Tanpa pilih kasih
Tanpa perlu diajak berunding terlebih dahulu
Ia berlalu dengan pantas!

Tahun 2006 akan berlalu
Maka tidak lama lagi...
Tahun 2007 pula akan muncul tiba!

Apa yang telah pun lepas berlaku
Telah pun menjadi sejarah
Telah pun menjadi sebuah kenangan
Tentang cerita sejarah kehidupan
Yang akhirnya bakal menuju ...kesudahan
Yang bakal menuju waktu kematian!

2006/10/12

Bulan Ramadhan dan hari raya idil fitri

Tags:
@ 06:42 AM (25 months, 21 days ago)
Bulan Ramadhan dan hari raya idil fitri

Kali ini,  kita berpuasa bulan Ramadhan!
Dan dikali ini juga...
Kita akan bersiap sedia menyambut hari raya idil fitri!

Setiap tahun
Bulan Ramadhan bakal mengunjung tiba
Dan pada setiap tahun juga
Hari raya idil fitri bakal disambut sebegitu rupa!

Setiap tahun kita melatih diri hati jiwa kita supaya dapat mengawal hawa nafsu kita.
Dan..setiap tahun juga kita bergembira dihari raya kerana telah berjaya berusaha memperbaiki diri kita dibulan puasa!

Itu pun,  jika kita mahu berpuasa!
Itu pun jika kita mahu menyambut hari raya idil fitri!
Itu pun jika kita mahu sebenar2nya menjadi manusia yang berjiwa islam!
Manusia yang berusaha didalam hidup mereka mencari keredaan Tuhan mereka!

2006/7/19

Madah cinta curahan hati hidup di Singapura

Tags:
@ 12:15 PM (28 months, 16 days ago)

MADAH CINTA CURAHAN HATI HIDUP DI SINGAPURA

Bukanlah aku pandai sangat nak bermadah!
Nak berpuisi atau nak berpantun...jauh sekali!
Aku hanya ingin menulis sedikit sebanyak tentang apa2 yang telah  ku lihat atau ku dengar sepanjang hidupku di Singapura ku ini.

Barangkali ada yang merasa tidak senang dengan tulisanku disini
Namun itu semua adalah resam pelbagai perangai manusia2 yang hidup didunia ini.
Ada yang suka...
Ada yang benci...!

Memang..!
Semenjak wujudnya penulisan blog dialam cyber internet...maka dapatlah sesiapa pun meluahkan isihati dan perasaan mereka dengan menulis di blog2 yang ada dialam cyber ini!
Masing2 dapat meluahkan isihati dan pandangan masing2 tentang apa2 pun didalam kehidupan ini.

Arrrgggghhhhhhhh..!
Indahnya dapat kebebasan untuk menulis dialam cyber!
Indahnya dapat merakamkan getar perasaan hati dengan menulis dialam cyber!
DAN....
Arrgggghhhhhhhhh...!

Kerana itulah aku pun menulis!
Cuba menulis tentang bermacam2 perkara yang telah berlaku di Singapura...!
Walaupun....barangkali ianya hanyalah sebuah fantasi khayalan ku!

2006/5/16

Cerpen terbaik kali ini

Tags:
@ 01:13 AM (30 months, 21 days ago)

CERPEN TERBAIK KALI INI

Siapa kata aku nak tulis cerpen terbaik kali ini?
Kita sedang sibuk betul!
Sibuk!
Sibuk!
Dan sibuk....!
Tidak ada masa nak tulis apa-apa pun!

Kadang2 terfikir juga...?
Kita sibukkan apa nie?!
Apa yang kita sibukkan sangat nie!?

Sibuk terlalu mencari duit?
Sibuk terlalu mengejar kemewahan hidup?
Sibuk terlalu pentingkan diri sendiri?
Sibuk terlalu takutkan miskin?
Hai....!?

Apa akan jadi...jika secara tiba2 kita pun mati pada esok harinya..???
Mati yang nendadak!?....secara tiba-tiba?
Apakah yang akan terjadi?
Haaaaiiii...!



2006/3/16

Madah cinta bilan march 2006

Tags:
@ 12:28 AM (32 months, 22 days ago)
MADAH CINTA BULAN MARCH 2006

Menulis madah cinta atau puisi cinta bukannya mudah!
Ada sahaja yang cuba mengata atau mengutuk!
Ada sahaja yang tak kena!

Memang...
Didalam dunia ini ada ramai orang yang busuk hati lagi pedengki!
Ada ramai orang yang kotor hati dan jiwanya!
Ada ramai orang yang tidak tahu bekerja mencuci hatinya!
Ada ramai orang yang tidak tahu apa gunanya dan faedahnya...menulis puisi!

Kerana mereka semua adalah orang2 yang bodoh tentang perkara hati dan jiwa!
Kerana mereka semua adalah orang2 yang tidak pedulikan perkara hati dan jiwa!
Padahal ...mereka juga adalah manusia2 yang mempunyai hati dan jiwa!

Aku kata..!
Aku menulis madah cinta....kerana mahu mencuci hati jiwa ku sendiri!
Aku menulis puisi cinta...kerana mahu mengilap hati dan jiwa ku sendiri!
Aku menulis curahan hati...kerana mahu melembutkan kerasnya hatiku sendiri!

KERANA itulah aku menulis!