MADAH CINTA ANTARA BLOG

madah cinta,madah madah cinta,koleksi madah cinta,puisi cinta,puisi terbaik,sajak dan puisi,cerpen terbaik.

2007/8/27

Tahun 2007 dan cukai GST 7%

Tags:
@ 04:13 PM (16 months, 19 days ago)
TAHUN 2007 DAN CUKAI GST 7%

Cukai naik lagi!
GST 7 %...!!!

Selepas mereka mencukai rakyat
Mereka naikkan gaji mereka - GAJI MENTERI2..!!

Rakyat susah kerana cukai
Sementara pihak pemerintah menteri2 senang-lenang bergaji besar!
Yang lebih menanggung beban cukai adalah rakyat!
Yang lebih menanggung beban tekanan hidup adalah rakyat!
Sementara pihak menteri2 hidup cukup mewah bergaji besar tersenyum lebar!

Aku heran!
Mengapa rakyat negeriku masih lagi bodoh!
Mwengapa rakyat negeriku masih lagi mahu mengundi pemerintah yang gila mencukai rakyat untuk kesenangan mereka!
Aku cukup heran!

Kita perlu sedar....
Rakyatlah yang berkuasa memilih dan mengundi....
Siapa yang layak untuk jadi pemerintah mereka!

2005/11/21

Madah cinta bercerita.

Tags:
@ 04:08 AM (38 months, 3 days ago)
MADAH CINTA BERCERITA

Hari raya idul fitri menjelang sudah....
Hari demi hari...
Bulan Syawal terus sahaja berlalu dan bergerak pantas
Meninggalkan pergi sesiapa sahaja yang masih terlena.

Didalam kesibukan menjalani kehidupan ini...
Kadang2 ada yang terlupa
Hidup ini hanyalah sementara
Cuba mengejar seribu harapan dan bayangan khayalan
Dan kemudian....
Kita lihat...
Ada yang berduka
dan ada yang tertawa...
Didalam sebuah fatamorgana kehidupan
Penuh persoalan...!
sebuah harapan.

Apakah yang ada dihujung sana...?
Dan...Akhirnya sebuah perjalanan kehidupan ini...?