MADAH CINTA ANTARA BLOG

madah cinta,madah madah cinta,koleksi madah cinta,puisi cinta,puisi terbaik,sajak dan puisi,cerpen terbaik.

2007/8/27

Tahun 2007 dan cukai GST 7%

Tags:
@ 04:13 PM (11 months, 29 days ago)
TAHUN 2007 DAN CUKAI GST 7%

Cukai naik lagi!
GST 7 %...!!!

Selepas mereka mencukai rakyat
Mereka naikkan gaji mereka - GAJI MENTERI2..!!

Rakyat susah kerana cukai
Sementara pihak pemerintah menteri2 senang-lenang bergaji besar!
Yang lebih menanggung beban cukai adalah rakyat!
Yang lebih menanggung beban tekanan hidup adalah rakyat!
Sementara pihak menteri2 hidup cukup mewah bergaji besar tersenyum lebar!

Aku heran!
Mengapa rakyat negeriku masih lagi bodoh!
Mwengapa rakyat negeriku masih lagi mahu mengundi pemerintah yang gila mencukai rakyat untuk kesenangan mereka!
Aku cukup heran!

Kita perlu sedar....
Rakyatlah yang berkuasa memilih dan mengundi....
Siapa yang layak untuk jadi pemerintah mereka!

2007/4/3

Cerpen terbaik - Aku dan tahun 2007

Tags:
@ 09:30 PM (16 months, 25 days ago)
CERPEN TERBAIK - AKU DAN TAHUN 2007

Apa yang telah berlaku?
Entah macammana, masa pun berlalu begitu pantas! 
Dan aku sering sahaja tercengang-cengang! 
Cuba sesekali memikirkan tentang apa yang telah berlaku selama ini didalam hidup ku!

Entah macammana...?
Aku masih juga bernafas lagi untuk meneruskan kehidupan ynag penuh dengan seribu teka-teki ini!

Apakah keputusan dan kesudahannya kehidupan ku ini nanti?
Kemanakah aku akan pergi...?
Atau barangkali.....aku tidak perlu memikirkan tentang ini semua!?
Atau biarkan sahaja masa yang menerangkan itu semua!
Atau....
Atau.......!
Atau...........!!!

2006/12/12

Tahun baru 2007 dan aku

Tags:
@ 08:54 AM (20 months, 17 days ago)
TAHUN BARU 2007 DAN AKU.

Aku pun jadi heran!
Entah macammana ia berlalu,  aku pun tidak tahu
Ia berlalu begitu pantas!

Itulah masa!
Berlalu begitu pantas tanpa belas kasihan.
Tanpa pilih kasih
Tanpa perlu diajak berunding terlebih dahulu
Ia berlalu dengan pantas!

Tahun 2006 akan berlalu
Maka tidak lama lagi...
Tahun 2007 pula akan muncul tiba!

Apa yang telah pun lepas berlaku
Telah pun menjadi sejarah
Telah pun menjadi sebuah kenangan
Tentang cerita sejarah kehidupan
Yang akhirnya bakal menuju ...kesudahan
Yang bakal menuju waktu kematian!

2006/10/12

Bulan Ramadhan dan hari raya idil fitri

Tags:
@ 06:42 AM (22 months, 18 days ago)
Bulan Ramadhan dan hari raya idil fitri

Kali ini,  kita berpuasa bulan Ramadhan!
Dan dikali ini juga...
Kita akan bersiap sedia menyambut hari raya idil fitri!

Setiap tahun
Bulan Ramadhan bakal mengunjung tiba
Dan pada setiap tahun juga
Hari raya idil fitri bakal disambut sebegitu rupa!

Setiap tahun kita melatih diri hati jiwa kita supaya dapat mengawal hawa nafsu kita.
Dan..setiap tahun juga kita bergembira dihari raya kerana telah berjaya berusaha memperbaiki diri kita dibulan puasa!

Itu pun,  jika kita mahu berpuasa!
Itu pun jika kita mahu menyambut hari raya idil fitri!
Itu pun jika kita mahu sebenar2nya menjadi manusia yang berjiwa islam!
Manusia yang berusaha didalam hidup mereka mencari keredaan Tuhan mereka!

2006/7/19

Madah cinta curahan hati hidup di Singapura

Tags:
@ 12:15 PM (25 months, 13 days ago)

MADAH CINTA CURAHAN HATI HIDUP DI SINGAPURA

Bukanlah aku pandai sangat nak bermadah!
Nak berpuisi atau nak berpantun...jauh sekali!
Aku hanya ingin menulis sedikit sebanyak tentang apa2 yang telah  ku lihat atau ku dengar sepanjang hidupku di Singapura ku ini.

Barangkali ada yang merasa tidak senang dengan tulisanku disini
Namun itu semua adalah resam pelbagai perangai manusia2 yang hidup didunia ini.
Ada yang suka...
Ada yang benci...!

Memang..!
Semenjak wujudnya penulisan blog dialam cyber internet...maka dapatlah sesiapa pun meluahkan isihati dan perasaan mereka dengan menulis di blog2 yang ada dialam cyber ini!
Masing2 dapat meluahkan isihati dan pandangan masing2 tentang apa2 pun didalam kehidupan ini.

Arrrgggghhhhhhhh..!
Indahnya dapat kebebasan untuk menulis dialam cyber!
Indahnya dapat merakamkan getar perasaan hati dengan menulis dialam cyber!
DAN....
Arrgggghhhhhhhhh...!

Kerana itulah aku pun menulis!
Cuba menulis tentang bermacam2 perkara yang telah berlaku di Singapura...!
Walaupun....barangkali ianya hanyalah sebuah fantasi khayalan ku!

2006/5/16

Cerpen terbaik kali ini

Tags:
@ 01:13 AM (27 months, 17 days ago)

CERPEN TERBAIK KALI INI

Siapa kata aku nak tulis cerpen terbaik kali ini?
Kita sedang sibuk betul!
Sibuk!
Sibuk!
Dan sibuk....!
Tidak ada masa nak tulis apa-apa pun!

Kadang2 terfikir juga...?
Kita sibukkan apa nie?!
Apa yang kita sibukkan sangat nie!?

Sibuk terlalu mencari duit?
Sibuk terlalu mengejar kemewahan hidup?
Sibuk terlalu pentingkan diri sendiri?
Sibuk terlalu takutkan miskin?
Hai....!?

Apa akan jadi...jika secara tiba2 kita pun mati pada esok harinya..???
Mati yang nendadak!?....secara tiba-tiba?
Apakah yang akan terjadi?
Haaaaiiii...!



2006/3/16

Madah cinta bilan march 2006

Tags:
@ 12:28 AM (29 months, 18 days ago)
MADAH CINTA BULAN MARCH 2006

Menulis madah cinta atau puisi cinta bukannya mudah!
Ada sahaja yang cuba mengata atau mengutuk!
Ada sahaja yang tak kena!

Memang...
Didalam dunia ini ada ramai orang yang busuk hati lagi pedengki!
Ada ramai orang yang kotor hati dan jiwanya!
Ada ramai orang yang tidak tahu bekerja mencuci hatinya!
Ada ramai orang yang tidak tahu apa gunanya dan faedahnya...menulis puisi!

Kerana mereka semua adalah orang2 yang bodoh tentang perkara hati dan jiwa!
Kerana mereka semua adalah orang2 yang tidak pedulikan perkara hati dan jiwa!
Padahal ...mereka juga adalah manusia2 yang mempunyai hati dan jiwa!

Aku kata..!
Aku menulis madah cinta....kerana mahu mencuci hati jiwa ku sendiri!
Aku menulis puisi cinta...kerana mahu mengilap hati dan jiwa ku sendiri!
Aku menulis curahan hati...kerana mahu melembutkan kerasnya hatiku sendiri!

KERANA itulah aku menulis!

2006/2/14

Madah cinta busuk hati manusia.

@ 04:35 AM (30 months, 18 days ago)
MADAH CINTA BUSUK HATI MANUSIA.

Ramai manusia islam di Singapura yang busuk hati!
Tiada yang sejati
Yang ada hanyalah...
Mereka2 yang bertopengkan agama
Yang gila mengejar nama dan harta!

Mereka busuk hati!
Berpegang dengan ajaran sesat!
Bertopeng dengan syariat!
Yang ada didalam dada mereka hanyalah gilakan harta dunia!
Gila menjaga periok nasi mereka!
Gila menjaga anak isteri mereka!
Gila bermewah-mewah dan bersenang-senang!
Tetapi leka dan takut bersuara membela menegakkan agama mereka!

YAng ada di Singapura hanyalah....
Umat islam yang pandai berpura-pura!
Umat islam yang bacul!
Yang pandai menggunakan agama sebagai penutup muka!
Dengan seribu alasan buat menutup malu!
Dari dikesan olih orang lain!

Bangkai gajah bolih ditutup
Busuk hati manusia ... akan ketara jua!

2005/12/2

Cerpen terbaik satu kehidupan

Tags:
@ 01:26 AM (33 months, 2 days ago)
CERPEN TERBAIK SATU KEHIDUPAN

Selepas hari raya idul fitri....
Hidup seperti biasa berjalan terus...di Singapura...

Hari2 cari duit,  cari duit,  cari duit...
Otak fikiran sentiasa berfikir pasal duit!  
Pasal nak bayar macam2 bill..!
Rasa takut dibuang kerja pun ada!   Dunia pekerjaan di Singapura sudah tidak ada yang stabil lagi.
Macam2 bolih terjadi!  
Setelah penat bersekolah dan setelah berhabis2 wang kerana bersekolah...pekerjaan belum tentu pasti ditangan kita!

Yang kaya...bertambah kaya!
Yang miskin atau sederhana...belum tentu nasibnya!
Akibatnya...
Fikiran semakin stress!
Tekanan kos kehidupan semakin tinggi...
Tekanan beban pekerjaan semakin meningkat...
Fikiran,  hati dan jiwa semakin tidak tenteram...
Semuanya terpaksa dipendamkan dan semampu mungkin cuba menunjukkan muka dan wajah gembira secara pura-pura dihadapan orang lain..!

Hidup di Singapura....
Beban cukai dan hutang sehingga ketua...!

2005/11/21

Madah cinta bercerita.

Tags:
@ 04:08 AM (33 months, 13 days ago)
MADAH CINTA BERCERITA

Hari raya idul fitri menjelang sudah....
Hari demi hari...
Bulan Syawal terus sahaja berlalu dan bergerak pantas
Meninggalkan pergi sesiapa sahaja yang masih terlena.

Didalam kesibukan menjalani kehidupan ini...
Kadang2 ada yang terlupa
Hidup ini hanyalah sementara
Cuba mengejar seribu harapan dan bayangan khayalan
Dan kemudian....
Kita lihat...
Ada yang berduka
dan ada yang tertawa...
Didalam sebuah fatamorgana kehidupan
Penuh persoalan...!
sebuah harapan.

Apakah yang ada dihujung sana...?
Dan...Akhirnya sebuah perjalanan kehidupan ini...?

2005/11/11

Cerpen terbaik selamat hari raya idul fitri

@ 05:07 PM (33 months, 23 days ago)
CERPEN TERBAIK SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI

Bulan ini bulan Syawal,  bulan hari raya idul fitri!
Bulan dimana umat islam seluruh dunia menyambut kemenangan berpuasa sebulan di bulan ramadhan.
Bulan dimana masing2 bershukur kepada Tuhan,  memuji,  memohon keampunan dan memohon keredaan Tuhan.
Dan kemudian....
Saling kunjung mengunjung kerumah sanak family dan kawan2 kerana bermaaf-maafan dianatara satu sama lain.

Buang yang keruh ambil yang jernih!
Cuba mengeratkan tali persaudaraan sesama sendiri.  
Bermanis muka memohon ampun dan maaf diatas segala kesilapan yang telah dilakukan ...sengaja atau tidak sengaja!

Apakah itu yang sebenarnya berlaku dibulan raya yang mulia ini..???
Apakah itu yang sebenarnya berlaku pada umat islam dizaman moden ini?
Menyambut hari raya idul fitri ...bermaaf-maafan sesama manusia dengan sebenar2 keikhlasaan hati demi menguatkan iman dan taqwa peribadi sendiri..???
Hanya Tuhan sahaja yang tahu hal sebenarnya yang ada didalam fikiran dan hati manusia itu sendiri!

Masa semakin berlalu..!
Usia semakin meningkat...
Hari demi hari,  tahun demi tahun....
Sedar atau tidak..?
Rumah kata pergi..kubur kata mari!

Sebagai umat islam yang beriman kepada hari pembalasan dan hari akhirat...
Kita dituntut supaya berusaha didalam hidup kita didunia ini beramal soleh membuat kebaikkan kepada manusia demi mengharap keredaan Tuhan kita!
Kita ditutut supaya berusaha menguatkan iman dan taqwa kita kepada Tuhan kita.
Kita dituntut supaya memperbaiki diri kita zahir dan bathin....berusaha memperbaiki hati dan jiwa kita supaya berperibadi mulia berjiwa luhur...disisi Tuhan!

Tidak kira pandai atau bodoh..
Tidak kira miskin atau kaya...
Tidak kira tua atau muda...
Tidak kira sehat atau sakit..
Tidak kira senang atau susah..
Yang baik dan bagus akhirnya diri kita juga..!

Semoga semangat berhari raya idul fitri kali ini akan membawa semacam kekuatan dan inspirasi kepada semua umat islam diseluruh dunia untuk berusaha menjadi umat yang mulia hati dan jiwanya dan berguna kepada semua umat manusia dimasa akan datang dan seterusnya sepanjang hayat!

2005/10/15

Madah cinta cerita bulan ramadhan

@ 04:22 AM (34 months, 20 days ago)
MADAH CINTA CERITA BULAN RAMADHAN.

Mereka tidak berpuasa!
Sedikit pun tidak ada rasa segan dan silu...
Muka tidak tahu malu!
Tetapi mengaku dirinya islam!

Mereka memang begitu!
Degil nak mampus tak tahu bahasa! 
Otak dah rosak
Hati dah busuk!
Cakap orang dah tak mahu dengar
Hari-hari menjual maruah diri
Menjual agama yang mereka percaya!

Mereka tidak sedar diri!
Satu hari pun mati
Bila-bila pun boleh mati
Mereka hidup cuma mahu bersuka-suka
Enjoy sini enjoy sana! 

Hari-hari melantak diri
Meracun diri sendiri
Meracun  fikiran sendiri
Meracun sikap sendiri
Meracun jiwa sendiri
Dengan segala sifat2 dan kelakuan yang keji
Tidak sedikit pun mereka ambil peduli
Mabuk dunia gila senang
Sengaja menipu bathin sendiri
Tetapi....
Ada hati pula nak masuk shurga!

Orang macam ini memang banyak!
Berkembang biak beranak pinak
Membawa seribu macam penyakit wabak
Yang hujungnya membawa padah
Bermandi air-mata darah!

Kita berlindung kepada Tuhan
Dari tergolong menjadi orang2 seperti itu..!!

2005/10/6

Madah Cinta Bulan Ramadhan Yang diberkati.

@ 05:17 AM (34 months, 29 days ago)
MADAH CINTA BULAN RAMADHAN YANG DIBERKATI.

Bulan Ramadhan...
Engkau datang lag
Untuk mereka2 yang berpuasa mensucikan diri
Memupuk sifat mulia
Sepanjang hidup ini
Mengharap keredaan ilahi.

Ku ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam dimana pun mereka berada!
Aku mengerti...
Ibadat puasa adalah ubat pencuci diri
Pencuci hati dan pengilap jiwa manusia2....
Kerana hidup ini adalah satu peluang untuk kita berusaha
Berpuasa kerana ingin berusaha memperbaiki sifat diri kita....dari sifat2 yang hina kepada sifat2 yang terpuji.
Supaya kita hidup dengan sifat2 yang mulia dan mati dengan segala sifat2 yang mulia juga.
Dan kemudian bertemu dengan Tuhan yang mempunyai segala sifat2 yang mulia!

Selamat datang Ramadhan...
Dan selamat berpuasa semua umat islam...


2005/9/27

Puisi Cinta Antarabangsa.

@ 01:16 AM (35 months, 8 days ago)
PUISI CINTA ANTARABANGSA.

Siapa kata aku tidak suka menulis puisi cinta?
Siapa kata aku tidak suka menulis madah cinta?
Siapa kata aku tidak suka menulis puisi terbaik?
Siapa kata aku tidak suka menulis cerpen terbaik?
Aku memang suka menulis itu semua!
Kerana aku seorang manusia yang mempunyai perasaan hati dan jiwa!

Siapa kata aku tidak suka menulis journal peribadi ku?
Siapa kata aku tidak mahu menulis kritik masyarakat islam ku?
Siapa kata aku tidak mahu menulis kritik pemerintah Singapura ku?
Siapa kata aku tidak mahu mengkritik pemimpin2 Singapura ku?
Siapa kata aku tidak mahu mengkritik segala sikap2 jahat manusia2 yang ada didunia ini?
Siapa kata aku adalah manusia yang berhati batu?

Sebenarnya....
Aku menulis kritik kerana dengan niat dan tujuan yang baik!
Aku mahu menegur dan mengkritik manusia2 yang bersikap jahat supaya mereka sedar dan berubah menjadi baik hati dan berjiwa mulia!
Dengan berhati mulia dan berjiwa luhurlah maka manusia akan hidup aman damai dan tenteram didalam dunia ini!
Dengan mempunyai sikap yang mulia dan baik hatilah maka dunia ini akan menjadi lebih aman dan sejahtera untuk semua manusia didunia ini!

Aku tidak suka kepada sikap jahat dan busuk hati yang ada didalam diri manusia!
Aku tidak suka kepada perkauman!
Aku tidak suka kepada peperangan!
Aku tidak suka kepada keganasan!
Aku tidak suka kepada penipuan dan hipokerit!
Aku tidak suka kepada sikap tamak haloba manusia!

Kerana...
Aku suka kepada manusia2 yang berhati baik dan berjiwa kemanusian lagi luhur!
Aku suka kepada keamanan dan kedamaian!
Aku suka kepada sikap tolak-ansur dan peri kemanusian!
Aku suka kepada sikap berkasih sayang sesama manusia!
Sebab itulah aku menulis!
Menulis puisi cinta....
Menulis madah cinta....
Menulis puisi terbaik...
Menulis cerpen terbaik...
DAN menulis kritik sikap jahat manusia!

2005/9/23

Madah Cinta Antara

@ 03:04 AM (35 months, 12 days ago)
MADAH CINTA ANTARA

Aku datang lagi!
Aku menulis lagi. 
Menulis madah cinta
Ku ingin
Dan ku cuba.....
Menulis puisi cinta
Menulis puisi terbaik
Menulis cerpen terbaik
Menulis kisah journal ku
Dan apa saja...!